PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PEMASARAN LOGISTIK
| Pengenalan |
| |
| Perkhidmatan logistik yang disediakan oleh FAMA merangkumi penyediaan kemudahan-kemudahan sokongan di dalam pembangunan infrastruktur seperti pengangkutan, penyimpanan (makmal, bilik sejuk dan gudang), pemprosesan, latihan kakitangan dan sistem operasi. |
| |
| Tujuan |
- Memberi khidmat sokongan untuk aktiviti pembangunan, pengurusan dan urusniaga FAMA.
- Memberi perkhidmatan pengangkutan kepada petani-petani dan kumpulan sasaran untuk mengangkut dan mengedarkan hasil-hasil pertanian mereka ke pasaran dengan cepat dan tepat
|
| Skop Perkhidmatan FAMA |
- Menyediakan kemudahan pengangkutan yang bersesuaian dengan keperluan komoditi
- Menyediakan kemudahan penyimpanan yang sesuai di setiap kemudahan infrastruktur
- Membangun dan menentukan sistem operasi yang sesuai bagi setiap kemudahan infrastruktur
- Menyediakan program latihan yang sesuai untuk semua kategori pekerja logistik
|
| Kumpulan Sasaran |
- Perantara Pasaran
- Pengeksport
|
| Kelayakan |
Perkhidmatan logistik disediakan bersama-sama kemudahan infrastruktur yang ada. Kemudahan ini akan disesuaikan mengikut keperluan setempat dan semasa. |
| |
| Cara Memohon |
- Permohonan boleh dibuat kepada Pengarah FAMA Negeri yang berdekatan dengan menyerahkan kertas kerja yang mengandungi maklumat seperti lingkungan kawasan perkhidmatan, jumlah peserta projek, perkhidmatan yang diperlukan, kos dan maklumat-maklumat yang sesuai.
|