PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PEMASARAN DIPERINGKAT PERUNCITAN
1. PASAR TANI RUNCIT
|
Pengenalan Pasar Tani Runcit ditubuhkan untuk mewujudkan luang pasaran bagi golongan petani atau pengeluar supaya mereka boleh memasarkan hasil keluaran mereka terus kepada pengguna.
Pasar Tani juga bertindak sebagai medan pertemuan di antara pengeluar dengan pengguna dan telah menjadi institusi pemasaran yang penting dan popular di negara ini. |
| |
| Tujuan |
- Meluaskan luang pasaran hasil pertanian.
- Mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.
- Pendedahan petani kepada proses pemasaran.
- Meningkatkan pendapatan petani.
- Medan memperkenalkan barangan keluaran tani atau barangan keluaran baru
|
| Skop Perkhidmatan FAMA |
- Penyediaan luang perniagaan dalam bidang peruncitan
- Pembayaran secara mudah bagi pembelian peralatan seperti payung, kanopi, bakul, meja, alas meja dan pakaian seragam.
- Khidmat urusetia
|
| - | maklumat harga panduan | | - | pengesahan alat timbang (dengan kerjasama Jabatan Timbang dan Sukat) | | - | pengesahan berat barangan yang dibeli | | - | panduan susunatur dan persembahan produk | | - | promosi produk baru |
|
Kumpulan Sasaran |
Semua pengeluar produk hasil pertanian (proses dan segar). |
Kelayakan |
| |
| Umur: 18 - 60 tahun |
| Kerakyatan Permit: Warnegara Malaysia |
| Bayaran Tapak: Pemilik tapak dikehendaki membayar yuran tapak sebelum memulakan perniagaan |
| Bayaran Jualan: Menjual hasil- hasil pertanian/ barang sendiri atau mendapatkan bekalan daripada FAMA |
| Peniaga makanan: Perlu hadir kursus pengendalian makanan & sedia menerima suntikan demam kepialu (typhoid) |
| |
| Cara Memohon |
- Beli borang penyertaan Pasar Tani di pejabat FAMA yang berdekatan dengan harga RM2 setiap satu. Yuran proses sebanyak RM5 setiap permohonan juga akan dikenakan.
- Hantar permohonan yang lengkap kepada: Pejabat FAMA yang berdekatan.
|
2. PASAR TANI KEKAL |
Pengenalan Pasar Tani Kekal adalah satu projek pembangunan yang dijalankan bagi merebut peluang dari kepesatan perubahan dan kemajuan Pasar Tani Runcit. Peserta-peserta Pasar Tani Kekal ditempatkan di bawah satu bumbung dan mereka menjalankan perniagaan setiap hari. Kaedah ini akan meningkatkan kadar urusniaga dan akan mengurangkan masalah pemasaran hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan setiap hari.
Pasar Tani Kekal akan mengekalkan strategi pemasaran Pasar Tani Runcit dengan memberi tumpuan kepada produk segar dan berkualiti yang dijual pada harga yang berpatutan. Matlamat FAMA adalah untuk menjadikan Pasar Tani Kekal sebagai pasar pilihan pada masa hadapan.
Pembangunan Pasar Tani Kekal juga bertujuan melatih golongan pengeluar menjadi pemasar dan pembekal, selain daripada mengajar cara-cara mengurus perniagaan harian dengan lebih sistematik dan komersil.
Pasar Tani Kekal memenuhi kehendak pasaran semasa kerana ia menyediakan tempat membeli-belah yang selesa serta menawarkan produk yang terjamin bersih dan selamat. Ia juga dirancang untuk menjadi pusat tarikan pelancong supaya dapat menyediakan luang pasaran yang lebih luas dan menarik. |
| |
| Skop Perkhidmatan Fama |
- Menyediakan luang perniagaan di dalam bidang peruncitan
- Skim pembayaran mudah bagi pembelian peralatan Pasar Tani seperti payung, kanopi, bakul, meja, alas meja dan pakaian seragam.
- Khidmat urusetia
|
| - | pendaftaran peserta | | - | kutipan yuran | | - | maklumat harga panduan | | - | pengesahan alat timbang (dengan kerjasama Jabatan Timbang dan Sukat) | | - | pengesahan berat barangan yang dibeli | | - | susunatur dan persembahan produk | | - | kebersihan | | - | promosi produk baru |
|
Kumpulan Sasaran |
Peserta Pasar Tani yang berjaya |
Kelayakan |
| |
| Umur: 18 - 60 tahun |
| Kerakyatan Permit: Warnegara Malaysia |
| Bayaran Tapak: Pemilik tapak dikehendaki membayar yuran tapak sebelum memulakan perniagaan |
| Bayaran Jualan: Menjual hasil- hasil pertanian/ barang sendiri atau mendapatkan bekalan daripada FAMA |
| Peniaga makanan: Perlu hadir kursus pengendalian makanan & sedia menerima suntikan demam kepialu (typhoid) |
| Pertukaran permit: Permit perniagaan hanya boleh diberi kepada waris yang sah sahaja tertakluk kepada kelulusan FAMA |
| |
| Cara Memohon |
- Beli borang penyertaan Pasar Tani di pejabat FAMA yang berdekatan dengan bayaran RM2 untuk satu borang dan RM5 bagi yuran memproses borang.
|
3. DESARAYA
|
Pengenalan Projek Desaraya mula ditubuhkan pada tahun 1995 di bawah Rancangan Malaysia ke-7 dengan tujuan membangunkan peserta Pasar Tani Runcit yang telah berjaya. Pada ketika itu, pembangunan Pasar Tani mencapai kemuncaknya dengan bilangan 160 buah.
Daripada tapak pertamanya di Kuala Kangsar, Perak, Desaraya kini berkembang kepada 14 buah yang bertempat di seluruh negara. Jumlah ini mampu menempatkan 62 orang peserta Pasar Tani dengan purata saiz pasaran sebanyak RM1 juta sebulan.
Desaraya merupakan gabungan sekumpulan peserta Pasar Tani di sebuah premis perniagaan kekal untuk menyediakan berbagai barangan jualan seperti yang ditawarkan oleh kedai runcit atau pasar mini.
Fungsi utama Desaraya ialah untuk memberi latihan dan pengalaman mengurus perniagaan runcit kepada peserta Pasar Tani, dengan tujuan untuk membentuk mereka sebagai usahawan. |
| |
| Tujuan |
- Memudahkan kerja-kerja penggredan, pembungkusan dan amalan pemasaran yang baik melalui kemudahan peralatan yang disediakan di premis perniagaan kekal.
- Menyumbang kepada dasar kerajaan untuk mewujudan lebih ramai peserta Bumiputera di dalam aktiviti pemasaran hasil pertanian.
|
| |
| Skop Perkhidmatan Fama |
- Menyediakan luang perniagaan di dalam bidang peruncitan
- Khidmat urusetia
|
| - | pendaftaran peserta -kebersihan | | - | kutipan yuran -promosi produk baru | | - | maklumat harga panduan -imej yang seragam dari segi papan tanda dan pakaian | | - | susunatur dan persembahan produk |
|
Kumpulan Sasaran |
Semua peserta Pasar Tani yang berkeupayaan dan mempunyai modal yang mencukupi |
| Usahawan daripada kalangan kategori perniagaan yang berbeza (produk proses, sayur, buah, ikan, daging, barangan runcit) |
| Sekurang-kurangnya dua usahawan dalam satu premis perniagaan. |
Kelayakan |
| |
| Umur: 18 - 60 tahun |
| Kerakyatan Permit: Warnegara Malaysia |
| Bayaran Tapak: Pemilik tapak dikehendaki membayar yuran tapak sebelum memulakan perniagaan |
| Bayaran Jualan: Menjual hasil- hasil pertanian/ barang sendiri atau mendapatkan bekalan daripada FAMA |
| Peniaga makanan: Perlu hadir kursus pengendalian makanan & sedia menerima suntikan demam kepialu (typhoid) |
| Pertukaran permit: Permit perniagaan hanya boleh diberi kepada waris yang sah sahaja tertakluk kepada kelulusan FAMA |
| |
| Cara Memohon |
- Penyertaan Desaraya dikhaskan untuk peserta Pasar Tani sahaja. Pemilihan peserta akan dibuat oleh FAMA berdasarkan prestasi peserta.
|